assalammualaikum , tak jawab dosa kalau jawab sayang =)

Jumaat, 18 Februari 2011

..k.e.n.a.n.g.a.n.i.t.u.c.u.k.u.p..M.A.H.A.L..

bismillahirahmanirahim .
assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kalian .

setiap insan di muka bumi ini mempunyai kenangan hidup mereka sendiri . tidak kiralah manis atau pahit sesebuah kenangan itu , kenanganlah yg memdewasakan kita . ye , bagiku kenangan yg datang dlm hidup ini perlu di ingati apatah lg jika nilai kenangan itu sendiri cukup ' MAHAL ' . SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP FELDA SUNGAI SAYONG .  kulai . johor , pastinye memori indah menggamit sanubari tiap seorang dari kami peserta program induksi dan jati diri tanggal 12 dab 13 februari lalu . menyertai progam anjuaran FISA ini , membuatkan saya bangge menjd salah seorang student FINANCE d UITM SEGAMAT ini . menjejakkan kaki d sekolah ini lebih kurang jam 2 ptg , tidak kami jangka yg adik2 d sekolah ini bakal membuatkan kami terkesan dgn komitmen yg mereka berikan . selaku faci , saya akui bukan mudah mendapatkan kerjasama adik2 yg masih belum matang fikirannya . namun , atas rasa kasih dan sayang yg tidak terhingga , saya gagahkan juga hati ini meskipun ade d antara mereka yg membuat hati kecil ini tersentuh . aktiviti dalam kumpulan (LDK) dijalankan dan saya menjadi faci group 3 , WAKAKA CREW . adik2 di bwh perhatian dan jagaan saya ini nakal2 belaka tp jgn silap krn mereka cukup menghiburkan dan mengajar saya erti kesabaran . pada mulanya xtvt ' ice breaking ' d jln kan . selepas itu , xtvt ' membina building menggunakan straw ' dan akhir sekali ' persembahan berkumpulan ' . WAKA CC , itula building binaan kreatif adik2 saya . banyak lg binaan yg juga cukup kreatif dari adik2 group laen . ye , mereka mmg berbakat ! persembahan2 yg menarik juga telah di persembahkan pada hari ahad , iaitu hari kedua kami d sana . ade yg tunjuk bakat menyanyi , ade yg berlakon buat org ketawe na pecah perot , ade juga yg feeling habis cmpai menangis abes je buat persembahan . mereka mmg cukup menghiburkan . ape yg mereka cuba cmpaikan mmg ternyata melekat d hati kami . macam2 ragam budak2 darjah 5 dan 6 sekolah ini . hati mereka seperti masih suci lagi . setiap soalan yg di ajukan semasa sesi motivasi ole KP kami Pn . Hazila d jawab dgn jujur lagaknye . haha . bukan sahaja bakat menyanyi dan berlakon , bakat menari dan ' bershuffle ' juga telah mereka tunjukkn . tersenyum sendiri tiap kali teringat telatah mereka . kami yg suda menginjak usia 20an ni pn menjd spt kebudak budakan kembali . sewaktu kami sampai pada pagi kedua , hari ahad , mereka berlari meyambut ketibaan kami d depan pintu bas . saat itu , bagai nak menitis la airmata ni . terharu dgn ketulusan kasih sayang mereka dan ape yg nyata , mereka mmg sgt menghargai kehadiran kami . adik2 , akak suda mula merindui kalian . andai ade umur dan rezeki , pasti bertemu dgn adik2 kembali menjd harapan hati ini . lbh kurg jam 2 ptg ahad , kami suda bersedia utk berangat pulang . cuba dihindar dari menitisnye airmata ini , namun tidak berdaya . saya menangis juga akhirnya . pulangnye kami dgn harapan sedikit ilmu , masa , kasih , sayang , perhatian , bimbingan dan dorongan yg kami berikan dapat membantu serba sedikit adik2 mencapai kejayaan dlm UPSR dan tidak lupa juga untuk kejayaan dlm meniti hari hari mendatang . adik2 doakan kami juga ye . salam sayang dan rindu buat adik2 semua terutama dari wakaka crew [ apam , wan , ijat , ijam , syafiq , mamat , amin , faiz , shahrul , aina , ida , shida , fatihah , pica , miah dan lg sorg ahli baru yg ta sempat berkenalan ] . sedikit pica dan video kenangan akan saya upload A.S.A.P . akhir kata ' sharing is caring sayang ' !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan